Tuesday, January 31, 2012

Antara kawan, Org disayangi dan org yang dpercayai

She comes off as strong, but maybe she fell asleep crying. She acts like nothing is wrong, but maybe she's just really good at lying.

Kadang2 situasi hadir dalam hidup begitu rumit! sampaikan x taw mana satu harus d lakukan.. mana satu tidak... mana satu betul d lakukan.. mana satu tidak... Dalam hdup kita pun dikelilingi byk org.. ada org yg hadir sbg teman, kawan, kawan kadang2 jer, org dengki.. org disayang, org yang dpercayai... 

Perangai kita pun sering berubah2 mengikut keadaan dan org disekeliling.. sampaikan kita tak taw mana satu perangai kita sebenar2nya.. yelah.. depan org dsayangi lain, kawan2 lain, org luar lain.. hanya kita je taw kita berbeza.. walau kita selalu menidakkan..kita still da same! hakikat kita berlainan... Hmm..napa yer aku cakap cmni?

Td my X mesej.. mintak tolong! Kadang2 aku terheran dan terfikir.. Napa aku? Napa x bini dia... Napa x family dia.. kawan2 dia ker? Kenapa aku? Aku x salahkan dia.. sebaliknya aku rasa kesian dan terkilan dan terharu.. banyak negatif dan positif masuk kat kepala hotak ni... 

Positifnya ;

1. Masih gak mencari aku...dalam susah
2. Mempercayai aku lebih dr keluarga dan bini sendiri..
3. Mudah berterus terang apa2 cerita pun dgn aku..

Negatifnya:

1. Mcm carik aku tym susah jer.. sng2 dan bahagia x jugak mencarik.. Muka aku ni muncul tym ko ssh ker?
2. Nak amik kesempatan ke dgn aku.. sbb taw aku ni baik sgt dan selalu ada jika ko ssh selama ni... Sggup bssh tuk ko.. Ko pernah x rasa ssh tuk aku? 
3. Napalah x mintak tolong isteri sendiri.. napa nak sshkn aku? Napa? Dh kawen, ssh senang biarlah bersama kan... tu baru lah hidup bkeluarga.. kalau xnk ssh bsama xyah r kawen!

Kadang2 rasa nak cakap sgt.. Padan muka! geram sbnrnya hatiku.. tapi ku tahan2.. mungkin benar dia perlukan kawan yang d percayai.. perlukan org yang memahami dia..sbb dia dalam ssh.. Tapi pls lah... hatiku?

Maaf S,

Aku terpaksa kejam! aku terpaksa keraskan hatiku.. Aku nak kau belajar tuk berkongsi dgn isteri ko.. bukan kah dia pilihan mu dan keluargamu.. pasti terbaik bukan?! 

Jangan carik aku bila kau rasa ssh..fahamilah perasaan aku walau sedikit! Ya Allah, hati apakah dia ni..setelah apa kau lakukan selama ni... tuhan je taw rasanya hatiku ni.. tersiat2 dan dirobek2.. kau masih buat baik dgn aku? pls lah... 

Aku xnk jahatkan org..aku xnk aibkan org.. aku faham sgt.. mungkin kali ni hari ko ssh dan perlukan kawan.. nanti2 mesti aku plak.. tp.. aku sedaya xkn carik ko kalau aku ssh..

Ya Allah, kau dekatkan hatinya pada diriMu.. biar dia mengadu padaMu.. Biar dia menangis utkMu... Biar dia tenang keranaMu... Ya Allah, maafkan diriku.. maafkan jika aku nampak kejam.. maafkan aku jika aku spt xda perasaan.. Maafkan aku... Aku hanya mampu doakan kebahagiaannya dan moga Allah mempermudahkan segala urusannya.. 

Kalau kita taw org tu syg sgt kat kita.. jangan sesekali amik kesempatan.. dan jika kita taw org itu sanggup wat apa jer tuk kita, jangan sesekali mengambil peluang.. kerana dia juga punya perasaan.. jangan mempermainkan... Ingat.. stp perbuatan dan perlakuan ALLAH bg CASH! lambat dan cepat jer... 

p/s: rasa nak nangis... nangis bukan sbb apapun. tp sedih dgn dia.. sedih sbb dia x dpt ppuan yang betul2 menjaga dia, isteri yang bersama dia ssh dan senang,... hurmm.. AKu xnk kalau aku kawen..laki aku p carik ppuan lain jika ada masalah.. i will b there for my husband! yang halal bagiku... 

Yes, falling in love is one of best feelings in the world, but falling in love with the wrong person is what I don't wanna feel.

Jap tadi dpt mesej dr kawan lama.. lelaki.. dia invite tuk pertunangan dan perkahwinan dia... Last mesej.. "Kalau antara kita ada jodoh, dh lama dh sy p tunang awak.."

haish! Wahai lelaki yang aku kenali, aku hnya mendoakan kamu semua mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.. Maafkan aku.. aku x bisa... 

6 Sebab Perempuan Ada Rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......






Menjadi seorang perempuan bukan senang, dan menjadi betul2 perempuan pun bukan susah... :)

Monday, January 30, 2012

berlagak cooL utk menutup sgala perasaan

Yups! wat diri nampak cool utk menghilangkan segala perasaan yang terbit dan ada... Kadang2 rasa syukur sgt.. lebih baik begini dari ada perhubungan.. kalau dibiarkan mau aku merana jiwa dan raga... Skrg rasa lebih baik dari hari sebelumnya.. walau ku sedar.. hati ni xdpt menipu tapi harus bijak mengawal segala perasaan dan cepat2 ignore jika kepala hotak ni teringat akan dia..

Try fikirkan yang x baik ttg dia.. kalo ingat tang baik opcoz gelora d jiwa berlaku...kan?! Harus kuatkan semangat! Harus bersyukur sgt2 dgn ketentuan Tuhan.. Mmg ppuan baik tuk laki baik, dan ppuan jahat tuk laki jahat.. Aku xnk la jd jahat sbb aku xnk dpt lelaki jahat... aku xnk merasa sedih lagi.. xnak merasa d tipu lagi.. AKu xla jugak nak menyalahkan 100% kesalahan pada ex aku, si S tu... cuma keadaan yang berlaku antara kami membuatkan aku rasa terkilan d buatnya... entahlah ssh dh skrg nak percaya laki d luar sana.. tp aku harap kalau tuhan nak bukakkan.. biarlah dgn lelaki yang baik... 



There's always a little pain behind every "it's ok"

Sunday, January 29, 2012

Bagilah Semangat Utkku..

Serius! aku letih dan penat! penat bukan sbb banyak kerja.. tapi jiwa ku penat...
Tolonglah S jangan ganggu aku... Aku pun x faham kenapa dan mengapa kau datang lagi setelah kau buang aku dulu.. dan aku masih simpan mesej dari kau sendiri menyuruhku aku tidak menganggu mu.. Tapi kenapa plak kau yang ganggu hidup aku setelah aku mendapat ketenangan ni.. Ujian apalagi sekrang Ya Allah?? Aku lemah dan hampir nak putus asa... 


S,
Kau datang tanpa d undang.. kau sedar x kau telah menyakiti hatiku terlampau banyak! kau ingat aku x da perasaan ke apa? kau ingat hatiku hati BATU? kau ingat aku xpernah rasa sedih? Menangis? Kecewa? Eee.. kau wat aku rasa geram terlampau taw x? 


S, 
Bila aku tanya mengapa kau mencari.. simple je jwpn kau.. KAU RINDU??!!!! selama ni aku mencari kau.. kau hilang tanpa dikesan..  sebelum kawen pon kau carik aku! Kau ingat aku xda perasaan ka apa?? Tolong jangan uji perasaan aku S... jangan sekali2 uji!!!! aku x kuat! tapi aku memaksa diri aku tuk menjadi kuat.. Kenapalah kau ni sebagai lelaki yang PENGECUT dan X PERNAH NAK FAHAM APA ORG RASA.. kalau engkau d tempat aku... baru kau taw apa aku rasa S...


S,
Mmg aku masih syg.. tp pls lah.. aku bukan ppuan terdesak nak amik laki org... mmg aku masih syg sgt... even menjadi kawan pun aku x sudi... bukan sbb xnk.. sbb aku ada rasa syg.. aku xnk kau jd laki PENIPU kepada istri.. LELAKI x setia...dayus!! Aku lagi xnk kau wat silap! Kalau aku ni bukan ppuan.. tapi BETINA mmg aku akan wat cm tu.. mmg aku sedaya upaya merampas balik hak aku yang telah dirampas! biar bini ko rasa apa aku rasa bila dulu dia ganggu aku dan kau! aku boleh jak S.. aku boleh buat camtu... Biar padan muka bini ko dan rasa mcm mana aku rasa bila hak dan kepunyaan kita dirampas dan diambil.. Tapi aku bukan begitu.. aku bukan BETINA.. sbb aku perempuan.. sbb aku taw hukum karma.. sbb aku tahu stp apa kita buat akan dpt balasan..SETIMPAL!!!! Aku da keluarga.. aku xnk menjatuhkan maruah keluarga dgn buat menda x baik! Merosak rumah tangga org??! TIDAK!!! sbb aku xnk bila aku kawen.. SUAMI aku akan buat menda yang sama mcm ko.... Kadang2 aku rasa syukur sgt... sbb aku x dtakdirkan tuk kau.. entah2 bila aku kawen dgn ko, TAK MUSTAHIL kau akan buat menda yang sama dgn aku.. pasti kau akan berurusan dgn ppuan tu jugak kan... WAHAI LELAKI... aku taw.. hatimu mmg kepunyaan byk wanita.. sbb tu kau boleh kawen 4..!!! aku x salahkan kau.. tapi janganlah menipu diri sendiri... jangan menipu banyak hati.. jangan sakiti banyak hati.. cukuplah hatiku ni yang x terubat!!!




tolong lah faham... kau ingat suma menda adalah mudah! kau x faham ker...?? Ya Allah.. kenapalah dia hadir lagi.... Aku minta maaf S, aku mesti bkeras skrg! kalau aku alpa, aku mungkin hanyut dgn perasaan aku yang masih mengunung dan mengingati kau.. aku cuba memaafkan kau tapi maafkan aku bila aku x bisa melupakan SETIAP MENDA YANG KAU BUAT AKU SAKIT! aku xakan lupakan sampai bila... mmg aku sedar dan taw.. kau mmg SGT memahami aku.. sbb tu kau datang lagi.. kau taw aku ssh nak MARAH.. kau taw aku mudah MEMAAFKAN dan MENERIMA kamu... tapi aku xnk lemah lagi.. aku xnk kalah lagi... Biarlah aku pergi.. biarlah aku pergi jauh2 dr kamu... tolonglah lepaskan aku.... 


Aku sedih, sedih sbb dgn terpaksa aku pergi meninggalkan kamu... sedih sbb aku ada rasa syg sgt kat kau... Tapi aku MESTI pergi... aku xnk huru harakan keadaan yang dh tenang.. xpala, biarlah kau bahagia dgn pilihan kamu dan keluargamu.. Aku cuba tuk redha... Aku cuba.. AKu pun manusia biasa x lari dari wat silap.. aku pun ada hati dan perasaan... 


Aku xtaw samada kau taw ke x kewujudan blog nih sbb rasanya dulu kau taw akan kewujudan blog nih, xtawla kau masih ingat ke x.... andaikatalah kau melihat apa aku tulis.. aku harap SGT2 kau faham apa perasaan kecewa yang aku lalui.. fahamilah aku walau sedikit.. Aku taw, entah2 kau buat2 x faham.. kau cuba tuk melawan takdir... sudahlah S, ada sbb kenapa Allah x jodohkan kita bersama... pasti ada sebab.. andai ada pun jodoh kita nanti.. syukurlah.. Sbb ianya bpihak pada kita... Aku x mampu membenci mu.. sbb xmustahil satu hari nanti Allah pertemukan kita lagi... Aku hanya ingin jalani kehidupan ini dgn aman... dgn aman dan tenang...


Aku nak tenang...... 






The harder u try to forget a person, the longer u remember them. So just move on & eventually they'll fade away.

Friday, January 27, 2012

Happy La Plak!

Ignore menda yang wat hidup kita berantakan.. hari ni, aku nak share menda yang happy sangat!!!! semalam.. my silver dh kuar.. so apalagi.. test2 la drive kan.. nampaknya leh r aku "berdikari" lebih sikit dr sebelumnya...hehehee


Nak d jadikan cerita.. aku x kisah sgt la sal my silver tuh.. yang aku hairan ialah.. napelah banyak COWOK2 ensem kat perodua semalam... seyes, ensem! sebelum ni aku p sana jugak x pernah jumpa geng2 sales yang ensem nih... Masa aku p sana petang smlm... seolah2 kedatangan di sambut.,."perasan mode dh dtg"... yang aku nyer sales tu Mr.F kenalkan lah aku dgn member2 dier yang mmg pun sama cam dia jugak... siap kenalkan aku siapa sales yang paling tinggi.. gila kentang! penjual tertinggi tu memang ensem! aku rasa pakej tuk tarik customer laaaaaa... lagilah kalo ada ppuan single cm aku kan.. kompom la cair.. hahahaa...
Tepok dada bagi semangat! erkk...


Dalam wat inspection kete semalam.. Mr.F bcakap la ngan my mom.. last2... org yang di kenal jugakkkk.. panjanglah cerita Mr.F ngan my mom.. eh! Mr.F kenal ngan mak aku?? herann.. upanya..Mr.F anak kepada kawan sekerja mak aku zaman 90-an dulu... perghhh.. ingatan Mr.F mmg kuat! Lucu aku dgr cerita mak aku sal Mr.F.. eh! aku dulu pernah main dgn dia? eh! x ingat langsung la........ sukati je mak aku wat cerita kot.... ptt la aku dh rasa familiar kt dia masa 1st tym jumpa..... Mak aku pakar korek cita, siap tanya dh kawen ke belom Mr.F.. jwpn dia...................................... BELOM KAWEN.. eh, mcm dh kawen...haha


Single but not available kot... paling lucu... adalah no plat kete aku.. dia amik ikut dia nyer suka... QAA **81A... memang cantek! mudah aku nak ingat no tuuu... tapi yang speselnya.. 81 tu adalah taun Mr.F lahir.. dan depan dia adalah tarikh lahir dia... x ko eran??! ni kete sapa ni... heheheeee... itu pun mak aku yang psyco dia... nape no nih? amik ko malu.. hahaa.. lucu sgt2x.....


Okeyh! dah2x..jgn nak mengatal dan jd minah perasan! hehehe 








p/s: smlm my ex kol lagi... biarkan saja.. layan sak... jgn ada hati! laki org bah ituuuu... 

Thursday, January 26, 2012

Semuanya Kerna Sayang

I push people away because I'm tired of the same old thing happening again and again.




Sori awak...
Sy x dpt menjadi teman atau kawan utk awak..
Status awak dh menghalang segala2nya..


Maafkan sy.. sy x kuat, jangan pujuk rayu sy..
Selama ni sy mencari awak.. sshnya.. awk hilang tanpa d kesan..
Bila awk mencari sy., mudahnya awk.. mudhnya sy menghadirkan diri dlm hdup awk..
X adil! Segalanya x adil buat sy... Sy bukan nak kejam wak.. tp selama sy jatuh.. awk x pernah ada.. kenapalah sy baik sgt melayan awak dgn baik.. kenapa?


Semuanya kerna sayang... sy xnk menjadikan keadaan yang dh tenang menjadi huru hara.. org luar pasti akan salahkn sy.. org akan salahkan sy menjadi org ketiga.. padahal situasi kita x siapa yang tau... sy yang org akan anggap jahat.. org x kn salahkan awk... org akan salah kn sy... tolonglah... sy nak nama sy bersih... sy bukan perosak umah tangga org.. dan sy x ingin pun nak merosak.. tolonglah pergi jauh2x... sy dh tenang selama ini.. sy mampu tersenyum dan ketawa... janganlah awk rampas lagi apa yang sy ada...


Awak,
bukan sy x syg... sbb syg lah sy buat begini.. andai lah awk bukan milik siapa2.. pasti sy akan terima.. Sy bukan ppuan yang hanya menjadi tempat persinggahan... bila dh x perlu hilang entah ke mana... Awak pernahkan buat sy cmtu... 


Awak...
Sudahla kita menyakiti hati kita.. awak dgn hidup awk.. sy dgn hidup sy.. Sy taw sukar.. tp cubala....


Sy nakkan seorang suami.. bukan teman tapi mesra.. sy nak seorang laki yang mampu menjaga saya... sy takut.. jika sy terima awk even kawan skalipun.. sy rs sy yang akan rs perit dan sakit..sbb sy syg awk.. cinta mungkin dh pudar..tapi Lembutnya hatikuuu... pasti sy akan sukar nak lepaskn awk lagi...


Ya Tuhan.. Kenapa kami d uji sekali lagi.. Kenapa kau munculkan dia dalam hidupku lagi.. Dia telah kau jadikan suami org.. tapi..kenapa ya tuhan.. kenapa... kenapa????



No matter how many times he hurts me I always forgive him. Some call it stupid. Others call it love.

Wednesday, January 25, 2012

Nak Jumpa Seseorang Di KL?


Kalau dulu, dan sebelum tanggal 11.11.11 ataupun tarikh itu x terjadi.. mungkin aku akan jumpa seseorang di KL... seseorang yang sentiasa ada di hati.... 

Tapi sekarang, semuanya hanyalah kenangan yang x bisa aku nak putar dan ubah.. segala2nya dh tetap.. x mungkin aku nak ubah.. Segala perancangan ku dh hancur.. itu dulu...
Yups! aku memang dh beli tiket nak p sana.. semuanya berlaku sebelum kamu kawen lagi.. dan kamu tahu tentang perancangan itu... Aku beli tuk kamu... skrg.. segala2nya dh berubah.. sampaikan aku rasa aku xnk p sana lagi... terasa sayang plak dgn tiket yang dah di beli... benarlah... KITA HANYA MAMPU MERANCANG TUHAN MENENTUKAN SEGALA2NYA...

kalau tragedi tu tak berlaku.. mesti banyak planning antara kita, bukan? aku mesti x kisah pun dan fikir sangat ttg penginapan, transpot, malah peneman aku nak p mana2 pun... Tapi skrg... aku rasa nak batalkan segala2nya.. aku takut! kerana kamu aku berani.. 

TAPI! segala2 ketakutan dh berubah... YA! aku punya ramai kawan d sana.. menantikan kehadiran ku... dan perancangan mereka terhadap ku terlalu superb! terharu.. dan aku rasa spt hidup kembali... dan aku HARUS ikut perancangan asal tapi berhibur bukan dgn kamu tp kawan2 yang sentiasa support aku di kala aku ssh... di kala aku di tinggalkan oleh kamu...

Aku pun berani tanpa kamu.. aku berani... terima kasih mengajar keberanian ini... Maafkanlah kawan2ku yang lain... yang tahu aku dan kamu... Maafkan aku sbb aku x mampu nak cerita apa berlaku antara aku dan kamu.... 

Hidup harus d teruskan.. walau aku sedar.. suma mengharap aku dan kamu bersama... Tuhan lebih MENGETAHUI segala2nya... tersirat dan tersurat,.. aku akur...


psst : I see myself as a crayon, I may not be your favorite color, but I know someday, you will need me to complete your picture. :)

Don't worry when I argue with you, worry when I stop, because it means there's nothing left to fight for.

Opick Tiada Duka Yang Abadi (lirik)



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini



Friday, January 20, 2012

Kenapa Masih Single

Jangan terkejut tengok entri! hehehe almaklumlah.. xlama lagi tahun naga... harus ganas cam naga.. hot2 gitu.. jangan plak mulut yang lebih berapi... kehidupan pun harus lebih kuat cam naga.. erkk! ada kaitan ker? hehehe


Banyak kawan n member terdekat tanya soklan yang kadang2 leh jadi isu sensitif, soalanya ialah Kenapa Masih Single?...
mungkin ada org berani menyatakan dia single n avaiable.. bagi aku x.. seyes aku x berani nak cakap aku single atau dah da empunya... Kenapa? 


1. Malu lah nak gtaw single..cam org x laku jer....
2. Macam Org terhegeh2 jer kat org kononnyer masih single dh leh d usha leh sapa2 yang nak.. eh! cm nak wat promotion lak kan...


Banyak sebab kenapa aku masih single dalam usia yang hampir cecah 30tahun...


1. aku xnkla cam terdesak nak kawen, hakikat selalu tengok gambar org kawen.. excited gilerr! calon tarak... tahan2 je lah.. sbb nak carik SUAMI yang betul2 SUAMI ssh.. yang nak jd SUAMI banyak..... 


2. aku nak mantapkan kehidupan sendiri... yelah, aku x tawla bakal suami nanti mampu ke x menjaga dan menjamin keseluruhan aspek kekeluargaan.. maksud aku Money pun kadang2 menjadi punca sesebuah rumah tangga berantakan... Biarlah mantap ekonomi.. pastu x jugak memudaratkan pasangan kalau nafsu kite yang besar tgk barang kan.. ehek!


3. Sbb UTAMA jugak aku masih SINGLE.. serik dan takut terkena orang yang SALAH lagi.. aku xnk mencari.. biarlah dtg dgn sendiri.. aku nak biar TUHAN aturkan segala2nya... aku tau org selalu cakap xda usha x jugak dapat apa yang kita nak.. xper, biarlah aku diam seketika... 


4. Mungkin aku belum cukup ilmu dan layak menjadi seorang isteri sekaligus ibu... walau dh nampak gaya.. tapi seru nak jd isteri tu lom lagi kot...


5. Ssh nak jumpa lelaki yang betul2 leh terima aku... aku memilih kot? x jugak... entahlah aku x ada hati ngan laki kat tempat tinggal aku nih! Oopss..xleh cakap besar! mksud aku, aku lom dpt terima mana2 laki lagi, bukan xda yang nak.. tapi cam rasa x sesuai plak.. erk! MEMILIH KE? aku berhati2 je laaaaaaaaaaaaaaa.....


6. Nak cari suami yang leh bimbing aku ke SYURGA! skrg ssh nak carik.. 


7. Last sekali... hati lom terbukak... hehehhee itu jelah kesimpulannya... Dalam banyak2 kenyataan d atas.. HATI BELUM TERBUKAK lagi... itulah jawapan terbaek punya...


Sapa xnak kawen, sapa xnk ada org sayang, sapa xnak ada org kisah hal susah senang kita... AKU NAK! tapi aku belum jumpa lagi....


IALLAH bila sampai waktunya..AKu AKAN kabarkan berita baik ini tuk suma... Jodoh tu datang sekelip mata! kalau tuhan cakap KUN FA YA KUN.. esok kawen lah aku.. ehek!


p/s : Many people have caught my eye, but only you have caught my heart. But, Who are U? Only Allah have the answer... :)

Thursday, January 19, 2012

Cam x best jer

Harini rasa cam x best sgt2x.. bukan sbb apapun... tapi sesuatu yang dtg tiba2 kat hati..then kita rasa x sedap hati... pernah kan kamu rs cmtu? seolah2 menandakan sesuatu yang x bek berlaku...


Sejak malam td, kehadiran sekor lalat kat dalam bilik wat aku hairan sgt2.. yelah, xpernah2 ada lalat, tetiba je berterbangan kat dalam bilik... mcm org dulu2 cakap, kalau spesis lalat or langau masuk umah bukan pada waktu yang biasa... mesti ada menda x bek berlaku atau ada org meninggal.. xtawla kebenarannya.. biasalahkan cakap2 org.. tp walau cakap2 jer..still wat hati cm x keruan... p aku still try wat donno lah...

Mlm td jugak aku mimpikan exs aku, napelah asyik mimpikan dia.. aku rasa cm selalu plak mimpikan dia.. kenapa yer? rindu?? x jugak... kalau boleh aku nak elak mimpi dia.. wat hati aku rs x suka sgt2x.. Dalam mimpi, aku tgk air muka kebahagiaan.. tolonglh kan..xpayah lah nak wat sakit hati aku dlm mimpi jugak... tawlah bahagia.. gila x bahagia kan?! haish! nauzubillah, hilangkanlah rasa sayang dan benci hati pada insan itu... biarlah dia hilang terus tanpa aku ketahui sapa dirinya... 



Don't let the sadness from the past or the fear of the future rob you of the happiness of the present.

Wednesday, January 18, 2012

Miss U

I miss our long talks, your smell, your smile, your laugh, your 

smile, your hugs I wish I could have them back.


Sometimes what you're looking for, comes when you're not 

looking at all.


p/s : Just wan to say dat i miss my future husband... LoL! =D

Bicara Hari Ini

Tajuk entri cam tajuk slot d Tv..
Semalam xda update blog..sbbnya busy sangat2.. mcm2 menda nak d setel semalam, tambah2 dgn ragam org yang x reti nak puas hati.. haishh.. dh setahun lebih aku wat keje camni, ada2 je alasan dia nak bg kat aku.. nak memanjangkan keja yang seharusnya boleh d setel kejap je...sabar je lah, selagi keje makan gaji...


tugas d rumah pun banyak, almaklum my mom g kursus, makanya tugas mak aku amik! kemas umah, masak dan sewaktu dgnnya.. penat seyh! bangun 6 pagi siapkan bekalan tuk adik aku.. biasa suma tu mak yang urus.. bila tym mak ada urusan je, aku kene take over suma kerja tersebut.. terasa jugak la bagaimana menjadi ibu rumah tangga kan.. perghh penat! tu pun mak kita dh wat menda tu bertahun2 kan? xda mengeluh pun! tanggungjawab katakan...heheee


Bila d fikir2.. larat ke x..aku wat menda tu.. iAllah larat kalau menyiapkan menda utk org yang kita sayangkan? harus semangat! kononla... dah boleh kawen ke ni? xtaw la nak cakap...


kalau ikut plan asal, tahun ni aku akan kawen.. tapi jodoh xda.. tapi jugak.. mungkinkah aku akan kawen tahun ni? wait n see je lah, manalah kita taw ketentuan tuhan kan... hurmmm... 
skrg komitmen bertambah... harus bijak dalam mengurus segala2nya.. mesti org hairan napala komitmen bertambah.. salah satunya aku nak tanggung adik aku yang sorang tu belaja.. aku xnk bg dia wat loan ptptn.. cukupla aku dan adik aku sorang amik ptptn sebelum nih.. cerita sal ptptn.. lagi wat aku kecewa.. makin d bayar bukan berkurang, makin bertambah adalah.. tension betul! 


okeyh! stop dulu.. bos dh datang! :)


word of the day :Sometimes you have to accept that things won't ever change, no matter how much time, effort & thought you put into it

Monday, January 16, 2012

Penakut Ke Memang Betul2 Seram?



Malam tdi terjaga sepertiga malam... jam 2.49am... terjaga terus sampai x lelap! hati tertiba rasa berdebar2.. mengikut pengalaman aku sebelum nih, kalo hati berdebar2 adalah "benda" tu kat sekitar kita.... aku kawal perasaan,... baca mcm2 ayat... seb bek lancar.. kalo tersekat tu mmg lah... x jauh la menda tu... 


Dgr bunyi cam pelik je kat bilik sebelah.. kebetulan adik dua org je tdo lam bilik tu... beranikan diri dan pergi check.. xda apa2 jugak... rasa seram x la jugak.. tp rs cm ada menda x elok jer... ke kejahatan manusia??? yelah! sejak dgr kes org rompak nih, jd seram lak kan, nauzubillah..mudahan xla..


pastuh balik bilik lagi... aku cuba tidur balik... lelap kejap, terus terjaga dan berdebar2 lagi... haishh!! nape lagi nih? rasa seram je... aku tgk keliling bilik... kosong dan xda apa2... pastu tgk kt tingkap.. mcm cahaya bulan penuh... penuh ke bulan malam tdi?? aku pun x taw....


jam 4 lebih baru leh tdo... pastu bangun lewat x terdaya nak wat bekal tuk adik2.. almklum my mom g kursus... 


pssst: Aku risaukan kejahatan yang di wat manusia yang lain... tu jer... kita x taw lah kan, hati org, mana leh tgk ketenangan dan kesenangan org.. org baik pun di dengki apatah lagi org x baik kan? hati2 je lah... pengalaman lalu lagi wat aku takut nak baik ngn org... anything will happen without ur permission... 

Sunday, January 15, 2012

Bila Mencari Jodoh Antara Pilihan Hati & Pilihan Ibu Bapa


Hati tetiba terusik bila jenguk kt blog diari hati dan baca artikel sal Jodoh, antara pilihan hati dan pilihan ibu bapa..


Walau zaman dh moden kata org, byk aku jumpa dan aku sendiri hadapi yang jodoh banyak terikat dgn org tua.. mksud aku, bakal suami dan isteri sumanya d tentukan oleh ibu dan bapa... kenapa ya? kenapa mak dan bapak x merestui pilihan hati si anak dan memilih pilihan hati dorang... yang nak kawen siapa sebenarnya... dorang x kompiden ker dgn pilihan si anak..


Mmg betul restu keluarga lebih2 lagi lah si emak dan bapa mmg penting dalam menjamin kebahagiaan dan kepanjangan jodoh tu.. tapi entahlah, zaman skrg lain aku rasa... mcm pelik plak... ada ibu dan bapa nak kawenkn anak tuk kekalkan darjat, harta, dan nama... ada jugak nak kawenkan anak sbb bkenan ngan ppuan/lelaki yang baik d mata sendiri.. mata anak??


AKu x sangkalkan la, mmg ada mak dan bapa nak anak dgn org yang baik2, kerja elok2,.. suma tu biasala.. mungkin pilihan hati x cukup kriteria...


Kalau aku fikir2kan, mmg jauh lah aku fikirkan.. aku nak huraikan pun takut aku sendiri terbelit dgn kata2... Aku hanya mampu melihat, berfikir dan buat kesimpulan.... Masing2 ada persepsi tersendiri tentang Bila Mencari Jodoh, Antara Pilihan Hati & Pilihan Ibu Bapa..


Bagi aku lah ;


1. Mula2 kenal dgn seseorang, dan rasa nak bw hubungan tu pergi jauh, bawak terus family dan kita pun jumpa family, tapi sebagai KAWAN dululah.. dh rasa okey je..line clear baru leh wat keputusan nak teruskan atau pun x...


2. Ibu bapa harus cuba terima pakai kejap org yang anak pilih, mungkin x d kenan d mata dorang, carik jugak tang mana d kenan si anak... Soal hati xleh nak cakap.. buruk camna pun pasangan, kalau dh sayang, itu jugak yang d nak......... 


3. Aku nak cari seseorang yang leh terima keluarga aku dulu, pastuh kekurangan aku... kalau terima kerana kelebihan..pasti sukar dia nak terima kekurangan aku.. Biasalah,org akan lebih sukar menerima org yang diketahui bagus tapi hakikat x bagus kan.. baik lagi org yang dh tau kekurangan tapi di sebalik kekurangan tu ada banyak kelebihan.. walaweyyyy!!!!


psst : Thanks kerana awak sudi terima sy seadanya dulu, dats y skrg sy sukar nak terima org lain, sbb sy xtaw org len sanggup ke x terima sy seadanya... cara kita bkenalan berbeza.. sbb bermula dr kekurangan masing2.. sbb tu kita rasa serasi bersama.. Tapi siapa kita nak halang kuasa Tuhan, tiada jodoh antara kita.. dh sedaya upaya mempertahankan pun, tapi tetap xda... mungkin kita belom layak tuk dijadikan bersama.. mungkin ada sebab tersirat..yang hanya Allah saja mengetahuinya....




 entah bila jari manis ni akan disarungkan cincin pun aku x taw... mungkinkah?? 


I cannot predict the future, I cannot change the past, I have just this moment, I will live it like it’s my last.

Friday, January 13, 2012

Andai Kata

“ANDAI KATA AKU MAMPU, AKU AKAN MENCARI..."

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM...

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI, JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA. Jadilah, PERMAISURI HATINYA, PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.


culik gambar kt goggle


p/s: Andai kata satu hari nanti kita berjumpa,mempunyai status yang x menghalang antara satu sama lain, aku inginkan yang halal buatku..



Thursday, January 12, 2012

Ter Miss plak!

amaigadd... wat happen to me.. that y, aku suka selongkar folder gambar lam laptop nih.. Niat nak carik picture sendiri nak edit.. bukak album tym konvo 2010..terjumpa plak gambar my Ex ngn my family.. sentap seketika..
Bukankah aku dh letak gambar dia dalam satu folder khas yang pasti aku xkn bukak wat selama2nya.. tetiba plak tercicir satu.. kan! dh tgk muka dia... uwaaaaaaaaa....!!! rindu lagi laaaaaa...

Sabar lah wahai hati, jangan ko rindu pada lelaki yang bukan milik ko lagi... tolonglah... sabar yerrr....



I'm scared of looking at you because the more i do, the more i fall in love with you.

psst : Aku dh maafkan dia, tapi satu jak aku pinta, aku xnk ada kaitan ada terhubung dgn dia di masa hadapan walau sekuman mana pun... sbb aku xnk jatuh cinta pada org yang salah lagi.. menyayangi org yang membuatkan aku lebih banyak menangis dan sedih.. cukupla dulu,. skrg tahun baru dgn kehidupan baru yang lebih baik.. Rindu...... aku xmampu bendung, kalau hadir dalam mimpi pun, hati aku dh x keruan, apatah lagi jumpa hidup2 depan mata.. mau pengsan... huhuhuhuhu :) okeyh! No More Sentap... Sentap kejap jer... uhuk!

Wednesday, January 11, 2012

Derma Darah

Sapa2 kumpulan darah jenis A, pergilah derma darah kat tabung darah keyh... sbb kekurangan darah A sekarang... Kalau ada sapa2 banyak darah.. pun leh jer derma darah.. tuk wat stock!

Pagi tadi, sempat tgk MHI sal isu derma darah.. so terasa terpangil tuk gtaw ngn org luar...

Aku sendiri x pernah derma darah, bukan sbb takut jarum or takut darah.. tp doktor x bg aku derma darah sbbnya boleh memudaratkan org yang amik darah aku... erkkk! bukanlah sakit apa pun... Tapi boleh mendatangkan risiko la kepada penerima... 

So, kalau ada sapa2 terlebih darah pergilah menderma keyh! and then, satu lagi info lah, 1 paket darah yang kita derma tu leh bantu 3 pesakit yang punya berlainan penyakit... dalam darah kita tu nanti akan d bahagi kepada 3 bahagian... aku pun x reti bab medic nih! (*tetiba teringat kat doktor yg aritu..hahahaa)

Jangan bagi alasan takut jarum yer... anda suma dh besar2x... kalau boleh aku mmg nak derma, nak buang darah kotor dalam badan ni... ehek! 


gambar selingan jer... tuk sapa2 yang takut jarum... so funny! hahaha muka budak yang pakai cermin mata tu dh kecut dh.. yang len plak ketawa... LoL!

Bila Berdua Kita Bersatu?


Bila pagi2 dah sarapan dgn laman muka buku.. aku terjumpa status ni kat beberapa org kawan aku.... tertarik sgt2...

|
V

1. "Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu....
(Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri)"- Ustaz Azhar Idrus

2. 1 st love..x semestinya akan jadi yang selamanya.tp 1 st love mmng x kan dpt dilupakan tp boleh dihindari..jd kepada pasangan yang dh berumah tangga jgn lh nk jeles x tentu pasal ngn pasangan kita gara2 cinta lama..biarkan lah dia nympn memori itu kerana ianya adalah sejarah masa lampau nya....Berharga sejarah ia bh..Renung2kan dan slmt beramal..


Setuju sangat! cinta pertama mmg sukar nak d lupakan.. mmg org cakap lepas kawen or bila jumpa org yang mmg telah d jodohkan dgn kita, kenangan manis yang lama2 tu pasti akan tersimpan rapi.. tapi hanya d satu sudut... sudut yang hanya kita jak miliki...

Aku terharu, bila membaca petikan pertama, dimana ALlah telah tentukan segala2nya buat kita... dari dalam rahim ibu sebenarnya.. malah sebelum kewujudan kita pun... Mungkin apa yang aku lalui skrg masih ada banyak lagi kejutan dan kesedihan serta kegembiraan dimasa akan datang yang bakal aku hadapi...

Malam td, mimpi dia lagi! entah aku senderi xtaw napa sejak 2 3 menjak asyik mimpikan dia, nak kata aku mengenang dia or teringat dia di siang hari x jugak.. malah aku busy sampai xda masa nak melayan perasaan mengenang org.. lagipun aku positifkan diri dgn redha dan ikhlas atas segala2nya... Nauzubillah.. jgn lah ada menda buruk berlaku...

Hurm.. pagi nih nak kongsi sket sal lagu nih, best n layan.. liriknya sungguh mendalam bagi aku...





Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

p/s : Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control.

Komitmen!

Arini sronok sket, bila benda yang diuruskan dh hampir 95% settel... 

Urusan pembelian kereta dh lancar.. so komitmen bertambah.. bila amik duit simpanan tuk bayar advance payment dan insurance.. aku dpt rasakan beban akan bertambah.. komitmen lagi lah bertambah.. so aku kena usha lebih pas nih.. Kadang2 aku hairan mcm mana org kerja dgn gaji 1000++ leh hidup dgn membeli keta la, umah la, nak bayar bil la.. haish mcm2 la... cukup ke duit nak cover suma tuh?!

Sebelum nih, asal dpt gaji je, duit gaji aku wat tuk byr ptptn jer...yang aku bg komitmen la tiap bulan, pastu belanja dapur, dan duit tuk bersukaria dgn kwn.. mmg aku dh bahagikan siap2.. dgn simpanan stp bulan mmg aku WAJIB buat.. yelah, manalah taw kan tetiba je kita perlu duit xyah nak utang2 kat org.. actually aku jenis malu nak pinjam wit, dan jenis x suka nak sshkn org.. walau ssh pun aku pendam jer... huhuhuhu

Nak d jadikan cerita, tadi masa aku sign agreement, bank tu ada inform sal pembayaran insurans RM236 ringgit sahaja.. aku mmg x clear sgt bab2 mcm nih, aku pun mintak dia jelaskan lebih lanjut.. then, dia gtaw, incase dalam tmph pembayaran balik duit yang d loan tu...cthnya dalam 7 taun kita wat loan., suddenly kita meninggal dunia,. segala hutang yang tergantung akan d cover insurans, so kita mati dalam tenang lah kan.. xda utang.. aku proceed jer, sbb mmg prosedur dia wajib! aku xnk pun aku kene jugak buat.. TAPI after 7 thn tu kalo xda apa2 kita leh claim balik... :) kira okey lah tu kan.... 

Apapun aku belum tergerak nak wat insuran diri.. mungkin sbb budget belum sampai nak ke situ, Mungkin bila ada rezeki lebih sampai x taw dh nak wat apa, myb aku akan buat.. alahai simpanan ASB pun masih dalam planning nih.. entah bila nak daftar.. nak daftar tabung Hj pun belom lagi.. terasa byk menda nak d wat dan d settel kan.. Hidup harus ada perancangan..

♥ Dear Allah, I wanna take a minute, not to ask for anything from you. But simply to say thank you, for all I have. :)

Tuesday, January 10, 2012

Engineer Dgn Doctor, Sesuai ke Tidak?

Petang semalam, lepas balik kerja aku ngan kawan ku terus p carik port nak makan.. Cam aku cakap kat entri semalam, misi mencari nasik kerabu!

Aku p singgah kat kedai ni, yang mmg femes ngan nasik kerabu... Order! Nasi Kerabu Special..
perghh memang meliurkan la...

Nak d jadikan cerita, sedang aku ngan kawan aku menikmati hidangan kat depan mata, ada la sorang cowok lalu ngn sorang chinese gurl nih... Aku rasa mcm kenal.. tapi x taw kat mana... Laki tu tuk meja dan amik posisi bdepan dgn aku sebelah kiri.. yang ppuan chinese tu plak, dok bdepan dia tapi sebelah kanan.. mmg rasa betentang mata laaaa.. omaigaddd!!

Then, mmg aku rs aku familiar ngn laki tu.. rupa dia ala2 hindustan, macho2 la.. (napa la test asyik nak itam jer... adakah kerana aku putih la sangat?!) hahahaa.... Aku try refresh apa yang ada kat kepala otak aku nih, baru aku taw dier tu sapa... dialah doktor kat hospital kerajaan.. aku rasa trainee doktor kot... oleh kerana aku selalu ada appointment kat hospital, selalu bertembung ngn laki nih, x pernah btegur sapa, berbalas senyum pon, tapi selalu bertembung dan pass away terus. eh?

Sebelum ni pon, tym aku lawat sedara nazak kat hospital pun dia ada gak... dia yang handle aku nyer sedara.. aik mcm kecik je dunia! padahal x kenal.. tapi selalu bjumpa... 

Hairan b ajaib jugak la... asyik terjumpa ngan doktor tu..padahal melambak2 doktor kat hospital tu, xpernah pon aku terserempak... jodoh? erkk.. na mungkin!! tapi pasti ada sbb kan napa asyik btembung ngn dier.. kot2 la satu hari nnti dia lak p handle kes aku.. ahakss!!

masa jumpa kt hospital dulu pun dia bukanlah doktor yang dtg dr unit yang aku selalu wat appointment.. tapi kelibat dia mmg ada.. hantu kat hospital ker? gulp!

Teringat sebelum nih sebelum terserempak ngn si doktor nih, pernah tanya kat member, kalau engineer jumpa doktor sesuai ke tidak? Jawapan.. NO KOMEN!

Akhir cerita, sapa pun jodoh kita, yang penting dia dapat terima kelemahan kita dahulu dari kelebihan kita.. bila dh terima kelemahan, totally yang len no problem lah kan...hihihihihi

pssst: Tiap kali aku nak ada hubungan or jumpa dgn mana2 lelaki baru yang hadir lam hidup aku, mesti malam tu aku akan bermimpi ngn EX-Boyfren ku... mcm malam td.. dia hadir dalam mimpi ku dgn senyuman dan suara yang dh aku x dengar lagi.. arghhh.. terasa rindu! tapi hanya mimpi.. bila sedar, harus ingatkan diri.. itu suami org! dia tengah gembira bpeluk sakan ngn bini dia.. hurmmm.. No More Sentap! Itu Azam 2012.. 

Nak Bercuti Jauh-Jauh

Don't ever say you're not good enough. If that person can't see how amazing you are, then they're the one who's not good enough for you.



Kasi kata2 semangat jap kat diri sendiri.. Tahniah atas usha mencomelkan blog walau x la comel mana pun.. skurang2nya d taun baru tema baru lah kat blog nih... ahakss!! Tapi mmg x jauh la ngn unsur2 hitam.. i loike hitam! org itam pun aku suka.. erkkk! nehiiiiiiiiii... blog yang skrg ni cukupla menyenangkan mata hitam ku sket dr sebelum nih.. 

Niat di hati ni rasa nak p jalan or bcuti jauh dari bandar.. Nak rehat2kan diri melihat ciptaan tuhan dan menyenangkan mata dgn menda yg x menyakitkan mata.. Tapi x taw la nak p mana wat masa skg.. nak rehat d pantai.. skrg musim tengkujuh.. lagi wat naya... terpaksala nanti bulan 2 ataupun 3.. takpun lepas CNY.... 


Menanti penoh sabar dgn percutian yang tlh lama d rancang.. Mati2 ingt bulan 3 upanya bulan 5.. lama lagi tuuu... dhla pegi tengah bulan.. mmg hampeh lerr.. huhuhuhu.. Tapi x taw la nak p ke tidak... kan best kalo pergi ngn bff.. sronok seket...


cuti CNY xlama lagi.. panjang plak tu.. plan xtaw g nak p mana.. kaki kuat je nak jalan jauh2x.. moga cpt2la gaji masok bulan nih.. leh r melancong dalam negeri... =P


Nak shopping kt sini pun, aku dh bosan, seyes! x taw dh nak shopping kt mana.. suma barang aku tgk sepesen jer.. boring.. xda yang new! moga banyaklah kegembiraan dan ketenangan d taun nih.. amin...


pssst : The dirty looks, the jealous stares, the best part is, you think I care..?? =P


pssst : Jap lagi nak p makan nasik kerabu.. i loike!! peberet food pas aku study kt jhr, ari2 pekena nasik kerabu.. addict ngn budu!