Tuesday, January 10, 2012

Engineer Dgn Doctor, Sesuai ke Tidak?

Petang semalam, lepas balik kerja aku ngan kawan ku terus p carik port nak makan.. Cam aku cakap kat entri semalam, misi mencari nasik kerabu!

Aku p singgah kat kedai ni, yang mmg femes ngan nasik kerabu... Order! Nasi Kerabu Special..
perghh memang meliurkan la...

Nak d jadikan cerita, sedang aku ngan kawan aku menikmati hidangan kat depan mata, ada la sorang cowok lalu ngn sorang chinese gurl nih... Aku rasa mcm kenal.. tapi x taw kat mana... Laki tu tuk meja dan amik posisi bdepan dgn aku sebelah kiri.. yang ppuan chinese tu plak, dok bdepan dia tapi sebelah kanan.. mmg rasa betentang mata laaaa.. omaigaddd!!

Then, mmg aku rs aku familiar ngn laki tu.. rupa dia ala2 hindustan, macho2 la.. (napa la test asyik nak itam jer... adakah kerana aku putih la sangat?!) hahahaa.... Aku try refresh apa yang ada kat kepala otak aku nih, baru aku taw dier tu sapa... dialah doktor kat hospital kerajaan.. aku rasa trainee doktor kot... oleh kerana aku selalu ada appointment kat hospital, selalu bertembung ngn laki nih, x pernah btegur sapa, berbalas senyum pon, tapi selalu bertembung dan pass away terus. eh?

Sebelum ni pon, tym aku lawat sedara nazak kat hospital pun dia ada gak... dia yang handle aku nyer sedara.. aik mcm kecik je dunia! padahal x kenal.. tapi selalu bjumpa... 

Hairan b ajaib jugak la... asyik terjumpa ngan doktor tu..padahal melambak2 doktor kat hospital tu, xpernah pon aku terserempak... jodoh? erkk.. na mungkin!! tapi pasti ada sbb kan napa asyik btembung ngn dier.. kot2 la satu hari nnti dia lak p handle kes aku.. ahakss!!

masa jumpa kt hospital dulu pun dia bukanlah doktor yang dtg dr unit yang aku selalu wat appointment.. tapi kelibat dia mmg ada.. hantu kat hospital ker? gulp!

Teringat sebelum nih sebelum terserempak ngn si doktor nih, pernah tanya kat member, kalau engineer jumpa doktor sesuai ke tidak? Jawapan.. NO KOMEN!

Akhir cerita, sapa pun jodoh kita, yang penting dia dapat terima kelemahan kita dahulu dari kelebihan kita.. bila dh terima kelemahan, totally yang len no problem lah kan...hihihihihi

pssst: Tiap kali aku nak ada hubungan or jumpa dgn mana2 lelaki baru yang hadir lam hidup aku, mesti malam tu aku akan bermimpi ngn EX-Boyfren ku... mcm malam td.. dia hadir dalam mimpi ku dgn senyuman dan suara yang dh aku x dengar lagi.. arghhh.. terasa rindu! tapi hanya mimpi.. bila sedar, harus ingatkan diri.. itu suami org! dia tengah gembira bpeluk sakan ngn bini dia.. hurmmm.. No More Sentap! Itu Azam 2012.. 

No comments:

Post a Comment