terpaku seketika membaca ttg artikel mengenai zahiril dan shera... meh tgk puisi yang dihadiahkan buat isteri tersayang pada mjlis resepsi.. seyes! aku pun leh cair dan terkaku..alangkah indah jika aku menjumpai lelaki yang menyayangi aku spt itu... sblm nih aku pernah mencari buku "bogel menghadap tuhan" penulis adalah zahiril..tapi susah nak jumpa..xtawla ada ke x d jual kt tempat aku nih... dr puisi yang dia buat nih..aku kagum..sungguh jelas..mendalam dan mengusik jiwa,., perghhh komen aku mengalahkn org profesional la plak... jom layan dulu puisi nih.. ;P
Puisi Zahiril buat Shera:
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
esok dh masuk bulan disember, makanya aku bolehlah tgk kalender... sbbnya selama sbulan aku x suka tgk kalendar sbb byk tarikh menyakitkan... hehee tapi kita kan dah sambut hari raya korban skaligus awal muharam aka penghijrahan..makanya... pengorbanan dan penghijrahan harus aku lakukan dalam hidup... terkenang tu mmg xleh nak d larikan..stp hari terkenang..tp xnak membuat diri menjadi sakit dgn kenangan..tapi hidup dgn kenangan yang baik2 jer.. xnk jugak nak buat diri punah dan menyesal dan putus asa dgn apa yang berlaku... Tuhan kan MAHA ADIL.. cuma masa jer yang belom tiba tuk kita...
SEMANGAT!! semangat tuk teruskan hidup... dan syukurlah aku x djodohkan dgn dia.. =P
p/s: best cite nih! cute laki tuh! omaaiigadd! i fall in love..ehek! =P