Wednesday, April 8, 2015

Dunia Baru

Counting years or months.. rasanya dah menebal sarang labah2 dalam blog ni.. wahh too long.. Well, dedulu wat coret dalam blog time keja duduk menghadap pc.. sbb boring too much rasa nak menaip dan meluah.. terasa membuak2. almaklum nak bercit cat dkt geng opis..kang orang cakap ngular je lebih.. so i decide story mory dalam blog.. fuhh lega jugak rasa hati. 

Anyway, last month baru dpt keja tetap..ermm tetap ke? ok lah slps hampir 3 tahun bkerja dari rumah. ni barulah real keja dok dalam ofis hadap pc, handle fail projek penuh meja...huwaaaa harus keja kan, sbb everything suma naik harga... komitmen pulak bertambah2.. suma perlu duit.. hope tidak dperhambakan oleh duit.

Sblm dapat kerja.. hari2 rasa rindu nak handle tender projek.. selalu jugak bgtaw dgn geng sama keja dulu..rindu nak wat tender n projek.. x sangka pula DIA maha mendengar... dari main2 apply keja..akhirnya dapat.. rezeki 2015.. #Alhamdulillah

Wednesday, November 21, 2012

Gemersik Di Hati

Rasanya dh berbulan-bulan lamanya x singgah.. terlalu banyak menda dh berlaku.. sedih, gembira datang silih berganti.. Apapun hidup dah d teruskan...

Hehee... hidup lagi taw.. masih lg waras... pelbagai ujian demi ujian dtg dlm hidup bukan kah itu tandanya Allah sayang?? Alhmdulillah, d pertemukan dgn sahabat2 yg sentiasa ada di sisi susah dan senang..hanya Allah yang mampu membalasnya...

Emmm...ari ni tiba2 jer rs nak singgah kt blog nih..after for a long tym... huks!

rindu nak biarkan jejariku menari2 atas keyboard.. rindu nak luah apa yg tersirat d hati yang x mampu d luah dek kata2.. 

Rindu..rindu...rindu.. inilah rasa yg aku ada... rindu pada siapa?? hiks!

Syukur.. aku pohon pada tuhan jauhkanlah aku dr kisah silam.. aku mulakan hidupku dgn yg baru... dgn org2 yang baru..erkkk...

Seyes! ada rasa banyaaaaaaaaakkk... cerita nak kongsi.. pada teman aku malu..pada kamu aku segan..pada kamu..kamu..kamu.. aku rs nak cerita jer.. 

Oklah! sampai sini dulu.. esok2 kalau rajin i apdet lagi..macam la ada org nak baca apa aku apdet kan..LoL~ dunia maya..dunia yg x taw siapa yang menghuni.. ;)



Monday, May 14, 2012

Habbatus Sauda


Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan, bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab. Oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain “‘Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan.

p/s : I love u mom.. susah payah memberi kesihatan yang baik utk satu2nya anak perempuan yang dia ada... Nauzubillah, kejahatan manusia yang mempergunankan iblis utk membalas dendam... Moga Habbatus Sauda dan doa mampu mengurangkan kesan kejahatan iblis dan iblis yang bertopengkan manusia..

Sunday, May 13, 2012

Moody Monday

Tak tahu napa 2 3 4 menjak ni perasaan kurang tenang.. ku gali2 apa yang membuat kurang sng pun x mampu dh nak fikir...

xkan la sbb x p KL, xkan la sbb cuti susah nak approve, x kan la fikirkan dia.. tolonglah.. x kuasa aku nak fikir kan dan nak menyemak kepala aku dgn org spt dia..

Aku rasa nak stay kat satu tempat yang jauh... rasanya dh bjuta kali aku ckp menda yang sama kan? nak stay kt satu tempat yang jauuuuuuhhhhhhhhhhh... xda siapa yg tahu..bole? hrmmm..

X larat nak tulis apa2pun da... nak luah jauh sekali... bosan!


Friday, April 13, 2012

Dalam Hati Xda Cinta Tapi Ada Syg

Terasa ada kejiwangan menusuk sedikit.. x banyak..sikit jer... Tajuk entri pun dh mencabar hati nak menaip....dan meluah.. erkk..

Mungkin aku x mampu nak bersuara.. nak memberitahu..nak menjelas apa yang berlaku pada sesiapa sahaja... Apa status aku.. Apa hubungan aku dgn Dia... Apa sedang berlaku... Suma dh tahu Dia dh kawen.. Menjadi tanda tanya apa sdg berlaku antara kami sekarang... kan? bukan nak menunjuk.. bukan nak aib.. bukan apa saja.......

Hati siapa x sakit, hati siapa x kecewa...hati siapa x sedih dgn apa yang berlaku.... 

Bila memilih utk berkawan.. tapi perasaan tym tuh masih kuat sygkn dia.. tp status suami org dh dimiliki dia menjadikan aku terfikir2.. apa akan terjadi padaku..apa akan aku lakukan.. apa yang akan terjadi.. risiko demi risiko aku fikirkan... memilih tuk menjadi kawan pun sukar jika hati masih ada rasa sayang kan? x mengharap apa2 pun, tp perasaan penuh pengharapan pasti ada kan? tipulah org ckp x mengharap apa2.. padahal masih mempunyai harapan utk berbahagia bersama kan? Serius, aku x dpt menjadikan dia kawan... sbb dia pernah menjadi org yg aku syg sgt... jodoh dan ketentuan tuhan dh bg begini...pasti ada hikmah... semakin kami rapat sbg kawan..kdg2 mengungkit jugak masa lalu... suka dan perih di lalui..akhirnya mengundang perbalahan dan ungkit mengungkit.... dan akhirnya aku sendiri yang sakit! 

Bila aku memilih utk membenci... Ya mungkin aku berjaya menghalau perasaan ku padanya... berjaya! tp kdg2 terusik dgn rasa mencari.. mencari di mana dia.. nak taw apa perkembangan dia... rindu mungkin tidak....tp rindu ker tu?? Apa yang aku perasan, hatiku bagai d pulih, xda wujud rasa benci, mmg xda.. kenapa yer? syg ker tu? benci hanya berlaku sekejap jer..dan akhirnya apa yang aku rasa adalah.. inilah permainan kehidupan, baik buruk... dugaan dan cabaran yang tuhan bg utk uji kita sbg makhluknya.. aku kdg2 terfikir sendiri, benda kecik cmni pun nak fikir sgt... padahal kt luar banyak lagi org yg lebih ssh... secara automatik..perasaan benci kat Dia berkurang.. dan aku hanya terima dgn seadanya.. nak berhubung bila terasa perlu..jika x perlu mmg xla... tp aku mmg mengelak utk ada sikap mencari dia.... sbnrnya aku rasa dia org yg aku masih boleh percaya dan senang tuk bercerita... tp boleh kah aku perlaku kan dia sbg begitu padahal dia ada isteri? kami masing2 senang bercerita tp bukan masalah peribadi tp lebih kepada cerita yang berlaku d sekitar... xkuasalah aku nak dgr cerita rumah tangga dia kan.... kdg2 terasa mcm dia abg... seorang abang utk adiknya... hmmm.. kalau org lihat pasti menilai aku seburuk2nya... tp salahkah aku anggap dia sbg ahli keluarga ku.. atau salah seorang insan yang aku percaya... iAllah..firasat hati xpernah silap... selagi hati mengatakan dia masih aku percaya aku akan percaya... mungkin jgn percaya sgt! heh..



Entahla.. pasti semua nak tahu adakah isteri dia tahu kewujudan aku dlm hidup mereka.. Entahlah... Kadang2 rasa mcm org nak runtuhkan keluarga org kan? Nauzubillah... xnak aku,jika aku tgk dia bahagia dgn isteri dia itu dh cukup membuatkan aku puas hati... dr aku tgk dia sedih walau dh kawen.. itu aku rasa menyesal sbb tidak fight tuk dia sebelum dia kawen dulu......... Aku redha... dan aku hrap isteri dia mampu jaga dia sebaiknya.......

dh lama x contact dia... bila smlm terasa hati d gerak2 tuk contact dia.. aku kol jugak dgn niat seorang kawan... apa yg aku dpt... dia xleh berjalan.. kaki bengkak akibat game... urat kaki terputus... hmmmmmmmm... kdg2 aku terfikir.. kenapa gerak hati aku selalu tepat jika berkenaan dgn dia.. kalau aku ssh hati..dan terfikirkan dia..jika aku carik dia mesti ada berlaku sesuatu.. Ya Allah... rasa sayang ker tu? 

Aku x minta lain...... dia bahagia aku turut bahagia..walau bukan dgn aku... walau kadang2 ada rasa kecewa..tp x menyesal sbb kenal dia...... iAllah mungkin jodohku belum sampai dan berjumpa dgn org selayaknya..........


If you don't go after what you want, you'll never have it. If you don't ask, the answer is always no. If you don't step forward, you're always in the same place.


 Tidak sangkakan? Kita KENAL, kita KAWAN..kita BERHUBUNG, mengeratkan UKHUWAH dan KASIH SAYANG, tapi kemudian..kita MENJARAK, kita MAKIN MENJAUH, kita TIDAK LAGI BERHUBUNG..kita TIDAK LAGI BERKAWAN..

Tidak sangkakan, kita sekarang..seolah-olah DUA MANUSIA yang TIDAK PERNAH KENAL satu sama lain..ya, pelik rasanya BERLAGAK BIASA..ya, kelakar rasanya BERPURA-PURA seolah-olah tiada apa yang berlaku..tidak sangkakan, MUDAH untuk MELUPAKAN semua..tapi, siapa sangka..mungkin ada HIKMAHNYA KAN?

P/s: BERSYUKUR kepada orang yang MENYAKITIMU kerana dialah yang MENABAHKAN HATIMU..TERIMA KASIH kepada "kamu" yang memberikan HATI BARU buat diri ini..♥♥ -PDH

OOoooo..Yeahh!!

Huishh..happy nyerr...??!! Biar betul aku nih.. *sambil tepok2 manja kat pp yang gebu!* 


Alhamdulillah... Tuhan bagi ketenangan seketika sebelum dtgnya ombak kehidupan yang x surut dgn dugaan dan cabaran.. ketenangan dan mood yang baik walau hanya seketika harus dinikmati penuh hemat.. perghh!! 


Sebelum ni, kesengsaraan d rasa.. sengsara apa? sumanya gara2 sakit gg.. usia bertambah semakin itulah kalsium bkurang... weii!! tp aku x rongak okeyh! ada lagi 32 batang gigi..selepas 2 batang gg kene cabut... dua2 nih, gg bongsu...tersiksa jiwa jugak layan sakit gg...






Dear Allah, I wanna take a minute, not to ask for anything from you. But simply to say thank you, for all I have.

Wednesday, April 4, 2012

Sorry To Say

Bukan x pernah menjenguk blog..tapi x taw nak tulis apa.. mungkin mood nak menulis belum dtg sbb byk anasir2 luar yang banyak dan perlukan khidmat.... Tapi sejak malam tadi.. hati rasa cm terusik..bdebar2... pastu bermimpikan ttg ular.. ular biasa xpala, tapi ular paling bisa.. ular cobra... seolah2 cuba menyakiti aku.. kalau satu leh lagi d elak.. tp habis satu ular dtg lagi ular yg sama tp bentuk lain... rasa geli dan terancam kuat terasa..walau mimpi.. dalam mimpi sedar yg ini hanyalah sekadar mimpi... lepas puas mengelak ular yg banyak.. dtg sekor dan sempat mematuk kaki ku....... terus terkejut dr tidur... Astarfirullah... Apakah petanda ni.... kenapa lagi sekali bermimpikan ular...tafsir mimpi yg aku amik dr Seorang Ustaz...

Bermimpi ular...adalah petanda tidak baik..kecuali ular putih...ianya adalah malaikat.  Kalau ular hitam ianya adalah jin.  Jadi harap2 kalau anak2 dara yang bermimpi dipatuk ular itu jgnlah hendaknya ular hitam 

Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya. -Ustaz Sharhan  (pengamal perubatan Islam) 


hmm..tp hati ku kuat mengatakan ada sesuatu yang x baik... tawakal je lah...org yg mengubati ku pergi Umrah..xdapt aku nak iktiarkan dgn sesapa.. cuma dia jer aku yakin... yakin sgt2... :(

Tetiba aku teringat ngn my X...

Aku minta maaf sbb sebelum nih aku telah berkasar dgn dia... Aku cakap mcm2... tp hakikatnya aku terpaksa... Jika kebencian adalah hal terakhir dan terbaik utk aku melupakan dia dan melepaskan dia...aku pilih utk benci... kebencian ku mungkin hanya pada luaran.. bukan dalaman... biarlah dia melihat aku sgt membenci dia padahal aku xda merasa sebab utk membenci... Ini lah jalan terbaik.. aku xnk aku mengharap dan dia sukar tuk lepaskan aku... biarlah dia bahagia dgn insan yang di pilih... biarlah dia hidup ssh dan senang dgn isteri dia.. biarlah isteri dia tahu keadaan suami dia yang sebenar... cukuplah... kadang2 aku rasa kesian.. kadang2 aku rasa sakit hati, tapi mungkin ini jugak dugaan... Allah uji aku lagi... Aku cuba dan nekad nak lupakan dia dan pergi jauh dari hdup dia.... AKu xnk dgr suara dia xnk tgk muka dia.. bukan terlampau membenci.. tp aku xnk org salahkn aku sbg perampas sbg perosak walau hak aku telah d rampas.. cukuplah sakit yg aku rasa sampai sekarang.. ntah aku sendiri x taw samada apa aku rasa dh sembuh ka masih sakit... 

Dh lama x berhubung... aku rasa aku tenang.. entah sampai bila ketenangan ini.. entah2 esok lusa pasti d rampas kembali... tp aku syukur.. walau ketenangan ini hanya besifat sementara... Moga esok2 aku kembali baik... 

Maafkan aku... aku mungkin terlalu kasar, tp aku terpaksa... aku pun ada maruah... aku pun ada keluarga... Dh lama dh dia pergi selepas aku bkasar... mungkin benar dia dh membawa diri dan terpaksa akur dgn ketentuan jodoh dan hidup dia bersama perempuan tu... Aku doakan kebahagiaan mereka... biarlah lepas ni.. satu zarah hal dorang pun aku x dgr..xamik tahu.. sbb hatiku masih terluka........ sampaikan nak terima org lain aku rasa payahhh sgt2x....





Wednesday, March 28, 2012

Pantang dan berpantang

Semalam aku marah sangat2.. xtaw myb silap aku sbb ternampak dan melihat...


Mungkin jugak tuhan nak tunjuk lagi kebenaran demi kebenaran...


Aku kan pantang sangat................;


Kalau ada org nak sakitkan hati aku, benci aku, marah aku, aniaya aku, buang aku sekalipun..aku masih lagi bersabar dan terus bersabar, malah minta maaf kalau aku berbuat salah..Tapi kan.. PANTANG aku kalau aku d tipu hidup2x.. mau dari perempuan sopan menjadi INCREDIBLE HULK!!! mmg aku pantang sgt2x... sekali jer aku dh taw org tu tipu aku.. siapla.. sekejap je aku out dr kehidupan dorang... ingat aku diam2..ingat aku lembut2 x berani ker.. sabar pun ada jugak batasnya.. di TIPU?? no way...xkn aku mudah nak percaya lagi....






Aku pantang jugak tgk lelaki dh bertitle tunang or laki org p mengatal ngn perempuan yg single2x.. nak test market?? nak taw masih laku ke x? tolonglahhh... bek ko jaga bini ko elok2.. Then bila dh kantoi salahkan ppuan yang x taw apa2 mengatal dgn dia.. OMG!! banyak sgt aku dgr dan dh berlaku pun depan mata aku... perempuan xtaw apa2 percuma kena sumpah seranah oleh sang isteri yang setia.....dan percaya membabi buta dgn suami yang mulut manis dan hidung belang.. aku geraaaaaaaaammmmmm!!! Aku remind kat diri try to avoid from dis kaum! Lelaki mulut manis dan hidung belang... taw la boleh kawen 4, tp ingat.. kamu2 ni dh yakin bw isteri kamu ke syurga.. test dulu sorang..mampu ke x.. baru nak tambah2 k.. ingat jugak bukan syurga dunia ya..syurga d akhirat sana.......... huh!!


Sedih...sedih kerana terasa kebodohan diri.. percaya.. dh aku x percaya org, org tu baik, dh aku percaya org tu x baik.. Ya Tuhan..Berikanlah PetunjukMu... Moga hidupku dberkati dan dipermudahkan segala urusannya...


kadang2 aku sedih bg pihak perempuan yang begelar isteri.. dorang x sedar ke sedar suami or tunang dorang tu menipu dorang dalam senyuman.. Ya Allah..kau lindungilah kaum2 yang lemah... 


Doa2 org dizalimi dan dianiaya akan dmakbulkan.. ingatlah diri sendiri jgn sesekali menganiaya org... menzalimi perasaan org... Igtlah hukum karma itu pasti... Sekali Ngap! tuhan amik nikmat yg d beri.. tym tu dh terlambat.. menyesal mmg xkan dtg awal.. 


Aku bukanlah salahkan 100% lelaki d luar sana.. tp sebilangan yg aku telah kumpulkan menjadi kaum hipokrit nih! ada jugak lelaki d luar sana yg mengalami apa yang kebanyakkan perempuan alami... x dnafikan.. cuma x d highlight sangat...


Lebih baik bersedih keseorangan daripada bersedih kerana seseorang. 

Anak perempuan kita adalah amanah bagi kita. Jangan sesekali kita restu mereka berkahwin dengan lelaki yang tidak solat.

Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha. 







Sunday, March 25, 2012

Nak Cakap Apa?

Lama dh x singgah kt blog nih... nak cakap apa pun x taw.. nak luah apa pun x reti dh jari jemari ni nak menari d keyboard.. busy mmg busy... masalah pun x henti2.. happy pun bselang seli... tapi aku selesa utk diam.. yups! diam lebih baik dr berbunyi dan meroyans kan?


Banyak org dtg dan pergi dlm hidup.. banyak jugak word kasar aku luah dgn org... byk jugak word manis aku utarakan.. nak cakap apa? hati sentiasa d asak dgn menda2 yang menyakitkan dan menyebalkan malah hati jugak di isi dgn menda2 yang membuatkan hati berbunga2...


Iyalah.. hidup katakan.. ada pasang dan surut.. ada musim berubah... ada di atas dan d bawah.. jalani apa yang dilalui.. jalani saja apa yang ada d depan mata.. turutkan saja kehendak hati.. biar hati gembira.. biar hati merasa segala perasaan... hidup..hanyalah hidup...


Mengeluh x sudah2.. menjerit pun hanya d hati... menangis dan meraung hanya d batin.. luaran? senyum tawa hanyalah melindungi apa yang di rasa... Nak berkongsi? dgn siapa? Tolonglah.. aku bukan suka nak bercerita.. bercerita pun apa adanya.. bercerita pun ntah apa2.. lepas geram.. segalanya d lepas... malaslah.. malas! bgku ianya hanya bsifat sementara... esok2 mslh lain plak yang dtg...






Life doesn’t change, but people do. So learn to accept that not everybody is who you thought you knew. 

Tuesday, March 13, 2012

I'm In Love Again!!

Nak tahu tak??...


Aku kan... aku kan... 


aku dah jatuh cinta! seyesly, hatiku bersemangat jer arini.. sesuatu yang membuat aku rasa nak melayang2 jer.. perghh.. hebat nyer penangan cinta nih...  aku xtaw dh.. aku dh x sabar dh.. satu perasaan yang aku rasa nak cepatkan jer... aku x sabar!! pheww..ganas kan bunyinya...huhuhu...kiutnyer dia... X sangka dalam masa seminit! hatiku dh jatuh cinta dengan.....
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:

:
:
:
:
:


:
:
:
:
:


:
:
:
:
:

:
:
:
:
:

Tadaaaaaa!!!! Kiut kan dia?

Pasnih aku nak p carik kain felt nih...*baru jer taw jenis kain nih* dan nak p carik butang2 comel, pastu nak belajar jahit sendiri...

N last harus kamu..kamu dan kamu yang akan sy bagi sebagai gift jika dh siap nanti keyh!!

Sekurang2nya masa ku nanti terisi dgn hobi yang comel ni kan... hurmm!! owh yeah!! tetiba rasa semangat dgn cinta baru... heheheee






Aku Berkenan Tapi....

Wink! Wink! Wink!


Yupss aku terkenan dan berkenan dgn kamu.. cuma....... antara kita jauh sgt! seyes kamu baik, kamu mungkin seorang yang mampu mendidik.. menegur... or apa saja... Kamu nak taw satu rahsia... kamulah lelaki pertama wat aku tergamam tym mula2 1st day masuk kelas tym study dulu  sbb muka ko cm adik aku.. senyum ko... mmg cam adik aku.. tapi tym tuh aku fikir.. suma org da kapel kan.. just ignore je lah perasaan just anggap ko sbg org yg aku kagum seket ler.. seket jer.. gurlp!


Dulu, dlm kelas suma kecoh ckp ko nak usha aku..tapi ko rapat ngan member rapat aku jugak...  aku ignore jugak... then org mula gosip ko n member rapat aku tu.. tp aku taw korang kawan jer.. sbb member rapat ku tu ada pakwe..xkan x setia kot..apapun aku percaya lah suma tu.. aku pun anggap je ko as a fwen gak...


Member rapat aku tu jugak la aturkan jodoh ku dgn my Ex.. dan aku mula terima my Ex seadaanya sbb ko pun cm xde respon apa2 kat aku kan.... just rajin jer mengomen dan mengechat  kat friendster, ym, FB n gtalk... yups..fren n owez b fren....


Tiap kali nak g dating ngan pakwe.. ko ngan member rapat aku tu jugak la org yang tolong anta n amik aku kat bus stand... so antara kita mmg xda rahsia pon.. aku da pakwe n ko pun da makwe gak kot walau aku x taw siapa... Nak taw.. my Ex paling jeles ngan ko...... hehehe.. walau kawan pun dia jeles sgt.. tapi sbg teman dia aku gtaw jugak yang antara kita hanya teman.. hmm teringat zaman2 dulu... 


Sbnrnya terlalu banyak cerita aku nk gtaw... ko jugakla kawan lelaki yg taw keadaan aku d tinggalkan my Ex.. cerita my Ex kawen pun ko taw... mungkin ko lebih taw... hmmm... sekarang, gurauan kamu semakin pelik.. asyik nak ajak kawen, asyik mcm nak proposed... tp aku keliru ianya gurauan atau betul2x.. xnk jugak mcm perasan kan.. biasala org suka tol nak bgurau hal2 sensitip bgini... aku try anggap suma tu hanyalah gurauan sbb xnk mengharap lebih2x... aku boleh jer layan ko selama ni, tapi sbb aku xnk mainkan perasaan org lah aku asyik menyepikan diri.. memencilkan diri dari terlalu all out depan org.... aku xnk jugak jadikan kamu tmpt aku hilangkan perasaanku yang mengunung kat My Ex... cinta pada my Ex mungkin xda sayang tu mungkin belom hilang.. xsalah kot syg pada org yang kita pernah syg sgt kan.. mungkin syg sebagai teman..........


Hurmm... xnk cakap apa2... kalaulah aku jumpa lelaki spt kamu..iAllah aku akan terima.. dan dgn rendah dirinya aku rasa...banyak lagi perempuan lain yang layak untuk kamu...huhuhu


















Sunday, March 11, 2012

Tersirat dan tersurat

I don't know where I stand with you. I don't know what I mean to you. All I know is every time I think of you, I want to be with you.

gambar ini  tersurat..tapi penuh dgn isi tersirat sbb gambar xda kene mengena langsung tapi aku nak jugak letak... :P

xde maksud apa pon... segala2 yang tersirat dihati yang sukar d terjemah dgn kata2... ahaaa.. mcm aku ckp dgn sorang teman.. word of today "TERSIRAT"... segala2nya tersirat yang kadang kala kita sukar nak mengerti... 

Kagum dgn rahsia yang tuhan bagi.. setiap kesusahan, kesedihan, malah kesenangan dan kegembiraan segala2nya hanya bersifat sementara.. kehidupan penuh dgn warna warni.. ada warna terang yang melambangkan keceriaan.. warna gelap melambangkan kesedihan....

Hidup?! penuh dgn rahsia.. sesiapa pun xkan faham diri sendiri... diri sendiri pun kadang2 xfaham sesiapa.. erkk! peninnya ayat... penuh tersirat... :)

Saja cakap.. cakap apa saja.. yang penting hati ingin berkata2.. dan tangan ingin sekali menari2 indah d keyboard... hati menjerit2 ingin menyanyi.. menyanyi riang, menyanyi sedih..hanya hati jer yang taw.. tersirat lagi...! :D

Walau apapun terjadi walau apapun yang d rasa... down n up! satu je kunci.. jangan putus asa... hidup harus d teruskan.. jangan putus asa.. berusaha je lah.. kalau putus asa banyak nya hilang dari dunia... perghh.. tersirat lagi!


Friday, March 9, 2012

Tolong Jaga Hati Bole?


2 3 hari ni.. rasa sakit d hati.. mulut plak x henti2 menganyam.. banyak sangat menda menyakitkan mata dan telinga.. hati apatah lagi... 


Kadang2 aku hairan gak, kenapa ya... "org" itu x reti nak jaga hati dan perasaan org len... dari dulu sampai sekrang.. still da same! ke mmg perangai cmtu? ke mmg selalu ignorekan perasaan org... igt ku ni spesis batu ker xda perasaan.. mmg la selama ni aku wat xkisah.. accept je jika itu kelemahan dan kekurangan kamu.. tapi kalau dh selalu cmni.. mau bernanah hati aku menahan rasa... tolonglah jaga hati aku sedikit.. sedikit jer jadilaaaaaaaa...


Ntah Apa perasan anda bila...


Anda mesej kat seseorang yang anda rapat, dan hopefully dia reply mesej anda..then xda reply... Anda nanti jer dia, sbb bagi masa dia reply dan mungkin jugak dia tgh busy kan... Lama menanti...x jugak reply... Anda xnk kol sbb xnk menganggu... then anda anta lagi mesej... still sama.. x jugak reply... Anda dh rasa cm risau dh.... anda mesej lagi tanya "Kenapa"... x jugak reply... perasaan risau dh mula meninggi.. then tanpa fikir banyak anda kol seseorang itu.. kerna risau la apa2 terjadi.. Tiba2 anda kol, dia sedap2 dok lepak ngan member lain...ketawa gelak2x... Apa perasaan anda? 


Geram ke x? Aku geram la sangat kalau org wat cm tu... kalau busy sekalipun, reply satu mesej gtaw sibuk dan ada org cukuplaaaaaa..lain la xda kredit ker..leh d maafkan. xla org menanti penuh kerisauan penuh dgn teka teki.. yang dorang rilek2 je gelak2 sakan... WTF! *geram tahap gaban dh!*


Ni spesis laki selalu wat ppuan cmni.. x suma tp kebanyakkan....


kalau dorang dtempat kita, dorang la yang lebih2 marah kita ckp napa x angkat, pastu mulalah cakap unsur kita ni kuar ngan laki la.... org ppuan x reti marah ke apa? sbb hati ppuan lembut.. marah2 pastu baik? so leh sukati je wat hati ppuan cmtu... 


Kalau bukan kerna sayang pun.. please lah respek seket kat perasaan org... org sure punya respek balik..




p/s : "No need for revenge. Those who hurt you will eventually screw themselves up. And if you're lucky, God will let you watch."

Wednesday, March 7, 2012

Kenapa Risau?

Pagi tadi lewat bangun.. mungkin sbb dh beberapa hari tdo dalam kepanasan.. global warming agaknya.. semalam hujan dari petang sampailah ke malam..so sedap la tdo... 


Kesnya.. aku tengok bilik aku dh terang benderang.. bila tgk jam kat hp.. mak aiiii!! dh kol 8.05am! apalagi memang melompat dari katil terus p toilet mandi secepat2nya.. nenek aku yang tengah bekpes kat dapur, just berkata "dah kol 8 dah..." tu jer?!! huhuhu napalah dia x kejutkan aku........ amik je baju yg xyah d iron.. make up sikit.. terus pecut.... lewat jugak la sampai opis.. seb bek ada org baik hati p punch tuk aku... tq! 


lepas pagi yang penuh dgn kecoh.. mata belah kiri lak wat hal.. asyik terkedip2.. aku lak p tekan2.. x sukeeeeeeee!! org cakap kalo mata belah kiri menda x bek blaku kan? ni yang wat aku rsa x sedap hati dan risau........ Tapiiiiiiii....


yang muncul kat kepala aku.. bukan org lain.. tapi my Ex.. napa erk.. asal risau jer.. mesti fikir dia.. kalau hati x sedap je.. mesti fikir dia.. kalau rasa menda tak bek jer.. mesti fikir dia.. dia.. dia.. dan diaaaaaaaaaaaa... xda org len ker? wat aku sentap sorang2.. pa kes lak kan.?! mcm lah laki tu ingat kat aku.. huh! ntah2 dia rilek je memanjang meniti hari kebahagiaan.. aku lak fikir sal dia.. risau x tentu pasal... arghhhhhh.. masih ada rasa syg erk.. opcoz la masih kan...huhuh tapi aku kene fikir gak.. dia sapa aku lak sapa.. plslah... p jauh2 risau x tentu pasal... hurmmm..


x suka.. xsuka dan x suka.. cmne erk nak hilangkan perasaan over caring kat org?! heh~



Tuesday, March 6, 2012

Aku Rasa..

Aku rasa nak menulis.. aku rasa nak menaip.. apa2 je la.. yang penting aku rasa nak luah..huhuhuhu.. seyesly! aku dpt rasakan hatiku dan perasaan ku rasa resah.. jiwa x tenang.. mungkin sbb berganjak jauh mengingati tuhan.. mungkin sbb kesenangan yang ada aku dh teralpa seketika dari ingat tuhan.. nauzubillah.. ampunkan dosaku.. mungkin sbb ada perkara2 yang berlaku seketika menjengah hidupku.. masyaAllah... aku teralpa.. aku lalai seketika...


Aku sedar, aku manusia yang x sempurna.. masih ada silap.. aku sedar kesilapan ku.. aku sentiasa ingat kesilapan ku.. maafkan aku tuhan, maafkan aku teman, maafkan aku sedara ku sekalian... maafkan aku wahai insan yang aku sayang.......


Bila kita senang tanpa ingat tuhan.. senang bagaimana pun terasa kosong di jiwa.. terasa spt ada yang tak sempurna.. hidup hanya busy dgn hal-hal duniawi... aku terasa.. semalam.. betapa rasa resah d jiwa.. bila solat isyak semalam.. ya Allah.. lamanya aku tidak berdoa, tidak meluah apa yang di rasa.. terasa jauh... terasa amat jauh... hanya menunai menda wajib..tanpa ada niat yang benar2 ikhlas... Ya Allah..janganlah kau pergi jauh dari hidupku.. jangan biarkan aku hilang arah tuju..jangan biarkan aku lalai dgn duniawi... peganglah hatiku sesungguhnya hatiku mudah rapuh.. jiwa ku belum kuat... Ya Tuhanku.. sedarkanlah aku dari ujianmu.. aku sedar aku sdg d uji... 


Dh lama sebenarnya aku ingin pergi jauh... pergi jauh membawa diri seketika.. memikirkan segala apa yang terjadi.. pendek kata nak pergi muhasabah diri... Hmmm... Banyak menda berlaku sepanjang 2 ke 3 bulan ini... mcm2... kadang2 aku pun xtahu apa harus aku buat.. apa harus aku lakukan.. apa harus aku perbetulkan..apa harus aku mulai...


Kadang2 kita x sedar kita buat kesilapan... Kadang2 kita x sedar kita akan nampak silap.. bila kita berada pada waktu yang salah.. hmm.. aku x taw apa akan terjadi pada masa akan datang.. aku xtaw.. dan masa akan datang hanya tuhan jak taw..dan segalanya menjadi rahsia... Apa terjadi padaku? 



Monday, March 5, 2012

dr lubuk hati ku berkata

DEKATKANLAH AKU DGN JODOHKU..AMIN YA RABBAL ALAMIN~ AKU XNK MENSIA2KAN WAKTUKU DGN ORG YANG SIA-SIA...

culik dari google!

Thursday, March 1, 2012

"happy and make others happy"

Nama Pena..Delisha.. Maksudnya "happy and make others happy"..


Kata org, nama mainkan peranan penting.. ada maksud tersirat dan mengambarkan keperibadian diri.. Delisha, seindah nama, seindah imaginasiku...


sebelum ni, byk jugak nama yg aku guna.. at last aku tertarik dgn nama delisha.. gembira dan membuatkan org lain gembira... itulah realitinya.. x mampu nak wat org len bduka dgn diri..tp sanggup menelan segala2nya utk kegembiraan org lain.. pengorbanan.. pengorbanan di dunia..


Sebenarnya, banyak menda ingin d luah ingin di cerita..tp entah rasa xda kekuatan dan kemalasan pun memuncak! Semalam rasa x sedap hati..xtaw napa, hormon kot!


Bila hidup single, mmg lah lari dr masalah org2 berkapel kan? tp jauh d lubuk hati rasa sunyi.. ada kawan, ada teman, tp x semua boleh ada d kala kita memerlukan.. di saat ni teringat dgn seseorang, peneman segala duka dan bahagia.. tp..itu semua dulu.. skrg x lagi.. Ingat dgn kata2 yang pernah dia bagitaw.. "Sayang mcm mana pun, cinta mcm mana pun, kalau xda jodoh, xdpt jugak bersama.." Apapun iklas kan segala2nya... Hairan kan, bila kita jumpa seseorang yang kita rasa boleh hdup bersama tp Tuhan uji kita... Pasti kita ataupun pasangan kita belum layak utk bersama dan mungkin ada seseorang yang lebih layak.. segala2nya adalah rahsia jodoh.. dan tuhan je taw sape jodoh kita..kan?


Sekarang? Nak carik teman atau bakal suami yang boleh terima baik buruk kita bukanlah senang... Sekarang? Asyik2 bukak newspaper cerita ttg kecurangan, pergaduhan, tekanan, haish! mcm2la.. sampai aku sendiri seram dan takut... Masih ada rasa kesyukuran sbb kita x d uji se dasat yang org len rasa.. mintak jauh la....




Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah senyuman walau dihatimu tak lagi bertahan,

Monday, February 27, 2012

Mengapa Harus Cinta Jika Hanya Untuk Disakiti?

Don't waste your time giving someone a second chance, when there's someone better out there waiting for their first...

Aku x taw nak mula bagaimana.. seyesly, aku rasa cm..hmm ntah! seyes.. aku nak jauh dari org2 yang aku ingin jauh... sbb aku takut sifat empati dan kasihan aku terlalu kuat.. dan hakikat.. aku hanyalah sandaran... pls.. cukuplah.. ppuan mmg benar, iklas membantu mmg tinggi.. walau ada rasa sakit dan geram d jiwa... tapi utk org yang dia sayang, pasti dia akan korbankan... besusah payah utk org yang d sayang.. xperlulah utk kekasih, suami.. malah dgn keluarga pun...

kadang2 rasa nak dtampar2 je pipi bagi sedar... rasa nak curah dgn air je muka.. enough! Sedarlah wahai diri.. sedarlah... jangan biarkan diri merana lagi.. enough! kau dh ada hidup yang penuh dgn jaminan.. jangan lah merosakkan ketenangan dan jaminan ini gara2 org lain... org2 yang x pernah kisah pun ttg sakit susah kau... org2 yang hanya carik ko bila ssh... 

Ingatkan diri "kehidupan dunia ini hanyalh kesenangan sementara, dan sesungguhnya akhirat itulah yg kekal" U may slap ur face if u forget :) - from tweet wardina safiyyah


Sunday, February 26, 2012

Cinta

Cinta itu indah..
Cinta itu penuh dgn rasa..
Cinta itu biarlah ikhlas,
Cinta bukan tipu daya..
Cinta itu penuh kebahagiaan.
Cinta x pernah mati..
Cinta itu abadi dan sentiasa ada d hati,
Cinta xda tipu daya,
Cinta itu xda kesedihan,
Cinta itu xda yang palsu,



Yang membuat cinta itu sakit.. manusia!
Yang membuat cintu itu palsu..manusia!
Yang membuat cinta itu kesedihan..manusia!


Manusia yang suka dgn pemberontakan..
Manusia yang suka akan kesedihan org lain..
Manusia yang xda hati dan perasaan..
Manusia yang hatinya ada rasa cemburu dan dendam..
Manusia yang x reti menghargai..
Manusia yang x pernah ada rasa cinta d hati...


Hakikatnya, cinta itu indah.. Indah bagi yang merasa apa itu cinta!


Nukilan,
De'lisha
10.00am 27.2.2012