Thursday, December 22, 2011

Rindu Bertamu

Tiga tahun lebih menyemai ikatan kasih, pastinya amat sukar melupakan insan yang pernah singgah dan berada dalam hati kita untuk satu tempoh yang agak lama. Bagaimana harus melupakannya? Tiga tahun bukan tiga hari. Tidak semudah makan kacang cap tangan. Hati berkata ‘mahu’ tapi dalam masa yang sama juga berkata ‘tak mahu lagi’, namun jauh di sudut hati, ruang kosong itu sebenarnya hanya untuk dia, dan berharap dia datang semula.....


Kadang kala rindu datang bertamu.. sampai aku x sanggup mengusir jauh2x.. ku biarkan seketika.. entahla..! rasa terlalu sayang untuk membuang segala kenangan.. ku simpan kenangan indah rapi2 dalam memori ku.. kenangan yang duri ku buang jauh2x.. aku xnk merasa sakit.. Kadang kala aku mengimaginasikan.. suma ini hanyalah mimpi.. tapi ini adalah realiti.. dah lama rupanya peristiwa hitam itu berlaku... tp kesannya masih.. berparut yang entah bila sembuhnya.. masa bganti masa.. ku ingat parut mampu hilang tapi masih..


Kenapa aku di uji sebegini.. Masih ada kurang agaknya aku di mata Tuhan.. hurmmm... 


Dalam minggu nih, kepala ku pening sangat dan terasa berat... tapi aku gagahkan.. mengenangkan keja yang melambak.. walau melambak x mampu aku lakukan... xtaw kenapa.. stuck! buntu.. segala2nya ada... AKu rasa nak pergi jauhh.. jauh dr semua org.. bukan aku frust lagi.. cuma aku rs mcm aku perlu pergi ke satu tempat yang jauh.. firasat hati... huhuhuhu... My mom pun menyedari... dan x menghalang.. 


Ya Allah, aku sedar aku insan yang lemah, aku punya banyak kelemahan.. tapi aku akur dgn qada dan qadar Mu.. Aku ikhlas walau pahit ku telan... Aku inginkan rahmat dan hidayah dari Mu.. Berikanlah aku petunjuk atas segala permasalahan ku lalui.. berilah sinar d tahun yang baru ini... Pegangkanlah hatiku jika aku hampir alpa, lalai dan cuai... Bantulah aku untuk bangkit dari ilusi... sedarkanlah aku akan realiti...


Hanya kau Maha Mengetahui Segala Apa Yang Terjadi.. 



No comments:

Post a Comment