Wednesday, November 9, 2011

C.I.N.T.A




Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.




Tetapi


Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. 


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. 


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!


# Suka sgt.. apa yang aku temui dalam statement nih.. sumanya CINTA... mungkin tuhan ingin aku merasakan apa itu CINTA yang aku selalu elak dan menjauh.. mungkin tuhan nak bg aku rs sakitnya cinta sesama manusia jika dia bukan jodoh kita. Terima Kasih Tuhan kerana hikmah ini.. Moga aku kuat..moga hati ini tidak sedih dan perih.. Esok tamatlah cerita antara aku dan dia.. Esok dia akan menjadi hak milik mutlak org lain.. Aku x boleh lemah.. xboleh alpa dgn perasaan yang sentiasa di asak.. aku bukan ppuan xda maruah.. aku bukan ppuan yg senang d permainkan.. Menjauhkanlah aku dari insan sepertinya ya Tuhan... Amin Ya Rabb~ 


p/s: petikan ni di amik kat http://diarihati.com/blog/2011/09/29/itulah-cinta/ . Thanks dgn owner blog nih..sejak hatiku sedih sgt.. blog ni la peneman aku.. blog ni lah tempat aku menaikkan semangat ttg hidup.. berfikir apa itu cinta.. byk la soalan2 d fikiran aku terjawab.. Thanks sgt... Janji pada diri jgn sedih2x..iAllah :)

No comments:

Post a Comment