Sunday, January 15, 2012

Bila Mencari Jodoh Antara Pilihan Hati & Pilihan Ibu Bapa


Hati tetiba terusik bila jenguk kt blog diari hati dan baca artikel sal Jodoh, antara pilihan hati dan pilihan ibu bapa..


Walau zaman dh moden kata org, byk aku jumpa dan aku sendiri hadapi yang jodoh banyak terikat dgn org tua.. mksud aku, bakal suami dan isteri sumanya d tentukan oleh ibu dan bapa... kenapa ya? kenapa mak dan bapak x merestui pilihan hati si anak dan memilih pilihan hati dorang... yang nak kawen siapa sebenarnya... dorang x kompiden ker dgn pilihan si anak..


Mmg betul restu keluarga lebih2 lagi lah si emak dan bapa mmg penting dalam menjamin kebahagiaan dan kepanjangan jodoh tu.. tapi entahlah, zaman skrg lain aku rasa... mcm pelik plak... ada ibu dan bapa nak kawenkn anak tuk kekalkan darjat, harta, dan nama... ada jugak nak kawenkan anak sbb bkenan ngan ppuan/lelaki yang baik d mata sendiri.. mata anak??


AKu x sangkalkan la, mmg ada mak dan bapa nak anak dgn org yang baik2, kerja elok2,.. suma tu biasala.. mungkin pilihan hati x cukup kriteria...


Kalau aku fikir2kan, mmg jauh lah aku fikirkan.. aku nak huraikan pun takut aku sendiri terbelit dgn kata2... Aku hanya mampu melihat, berfikir dan buat kesimpulan.... Masing2 ada persepsi tersendiri tentang Bila Mencari Jodoh, Antara Pilihan Hati & Pilihan Ibu Bapa..


Bagi aku lah ;


1. Mula2 kenal dgn seseorang, dan rasa nak bw hubungan tu pergi jauh, bawak terus family dan kita pun jumpa family, tapi sebagai KAWAN dululah.. dh rasa okey je..line clear baru leh wat keputusan nak teruskan atau pun x...


2. Ibu bapa harus cuba terima pakai kejap org yang anak pilih, mungkin x d kenan d mata dorang, carik jugak tang mana d kenan si anak... Soal hati xleh nak cakap.. buruk camna pun pasangan, kalau dh sayang, itu jugak yang d nak......... 


3. Aku nak cari seseorang yang leh terima keluarga aku dulu, pastuh kekurangan aku... kalau terima kerana kelebihan..pasti sukar dia nak terima kekurangan aku.. Biasalah,org akan lebih sukar menerima org yang diketahui bagus tapi hakikat x bagus kan.. baik lagi org yang dh tau kekurangan tapi di sebalik kekurangan tu ada banyak kelebihan.. walaweyyyy!!!!


psst : Thanks kerana awak sudi terima sy seadanya dulu, dats y skrg sy sukar nak terima org lain, sbb sy xtaw org len sanggup ke x terima sy seadanya... cara kita bkenalan berbeza.. sbb bermula dr kekurangan masing2.. sbb tu kita rasa serasi bersama.. Tapi siapa kita nak halang kuasa Tuhan, tiada jodoh antara kita.. dh sedaya upaya mempertahankan pun, tapi tetap xda... mungkin kita belom layak tuk dijadikan bersama.. mungkin ada sebab tersirat..yang hanya Allah saja mengetahuinya....




 entah bila jari manis ni akan disarungkan cincin pun aku x taw... mungkinkah?? 


I cannot predict the future, I cannot change the past, I have just this moment, I will live it like it’s my last.

No comments:

Post a Comment