Thursday, November 10, 2011

Kisah Antara Paku Dan Tembok


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata :


“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”


p/s: Kuakui luka di hati mmg xkan sembuh pon.. tapi iAllah ianya pasti sembuh dgn perubahan masa dan waktu...

Untuk dia yang jauh di sana, Selamat Pengantin Baru.. Moga Berbahagia Dgn Insan Yang Dipilih dan Di jodohkan tuk Kamu.. Ketetapan Tuhan itu Pasti dan penuh dgn Hikmah... AKu redha.. xda sedih2 daaa... :) kamu bahagia aku jua bahagia.. xnk membazir waktu dgn perasaan sedih sbb perasaan sedih xkan mengembalikan aku kepada kamu jugakkan.. Harusnya aku teruskan kehidupan ni dgn penuh kegembiraan dan keyakinan yang tinggi kepada Pencipta kita.. sbb aku yakin akan keajaibannya.. Wanita yang baik tuk Lelaki yang baik.. yakin itu!! kalau nak baik..maka perbaikkanlah diri dulu kan...

petikan dia atas di amik kat link nih.. byk info2 dan kata2 yang best sgt2 yang akan kita dapat dr sana... mohon share yer.. diarihati.com/blog

No comments:

Post a Comment